Aku rasa semuanya dah terbalik.
Aku ingat hidup ni fantastik.
Tapi setiap hari rasa macam kena lastik.
Yalah dunia ni memang asyik.
Aku pun bercetera tanpa lapik.
Dan akhirnya kau pun sakit hati
Kau beribu kali kata benci.
Kerana kata bicara aku sendiri.
Sungguh aku tak matang lagi.
Walaupun gaya aku cakap aku begitu begini.
Tak, aku tak matang lagi.
Setiap hari aku makan hati
Tengok kau senyum makin berseri-seri.
Selepas aku angkat kaki pergi.
Mungkin akulah punca semua ni terjadi.
Punca kenapa kau bermuram hari-hari.
Patutnya dari mula lagi.
Kita tak patut berjumpa bersalam bercerita itu ini.
Dan patutnya aku sedar lebih awal lagi.
Yang aku cuma menyibuk dalam cerita realiti
Yang kau tulis untuk kenangan satu hari nanti.
Aku akan cuba berubah.
Cuma aku pinta satu benda.
Berbahagialah.
Dan doakan aku juga.