Friday, 24 June 2016

Gelap.


"Kau nak pergi mana?"

Smirk.

///

"Weh nak rokok se. Lepas gian jap," minta Badrul pada Amran. Segera dihulur sebatang rokok beserta lighter. Dinyalakan rokoknya lalu disedut batang yang penuh bahaya itu. Suasana di kedai mamak itu bising dengan sorakan manusia gila bola. Kepalanya yang berserabut makin kusut.

'Kisah apa aku. Hidup aku, aku tahulah nak settle macam mana. Bajet alim semuanya,' fikirnya.

Sedang dia asyik menghisap rokok, kedengaran bunyi whatsapp masuk. Badrul dahlah pesen tak suka noti bebanyak. Dicapai telefon jenama iPhonenya.

----

Mat Alim Poyo

Badrul. Badrul kat mana ni? Dah solat belum? Badrul kata nak berhenti merokok? Datanglah. Abang tunggu dekat surau ni. Jemaah sama-sama.

---

"Ishh menyampah aku." Badrul mencebik. "Aku blah dululah. Ada mamat alim sesat roger aku kat surau."

"Pehhh Bad kau pergi surau sekarang?" sinis Amran.

Badrul menjeling tajam. "Bukan aku yang nak pergi okay. Kau takyah sibuklah."

Badrul start enjin motosikalnya. Dia berlalu dengan segera. Pukul 4.30.

'Baik aku cepat. Kang lambat kena bebel lagi. Ishh. Menyusahkan betullah.'

///

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," sahut sekumpulan anak-anak muda serentak.

"Ehh Bad, dah sampai?" tanya Adam a.k.a Mat Alim Poyo.

'Dahtu sapa yang berdiri dekat sini?' bisik hatinya. Realitinya, dia hanya mampu tersenyum.

"Haa saudara-saudara, nilah adik aku. Badrul namanya. Badrul, kenalkan. Ini Saiful, itu Hakim. Yang sebelahnya Amirul. Sebelah Amirul tu Fayyadh. Hujung sekali Rasydan," ujar Adam.

"Adik kau?" tanya Fayyadh, hairan.

Adam terdiam.

"Ehh bukan adik. Badrul ni kawan aku. Maaf salah intro hehe,"

Badrul jadi pelik. Namun dia segera bersalaman dengan anak-anak muda itu. Tiba-tiba kedengaran azan Asar berkumandang. Seusai Azan tamat, mereka berdoa.

"Haa eloklah dah azan ni. Meh jemaah sekali. Badrul? Jemaah sekali?" tanya Adam.

Badrul terdiam. Kaku.

"Takpe, abang tak paksa." Adam tersenyum.

"A.. Aku.. Hm takpelah. Tunggu jap," balas Badrul.

Berimamkan Saiful, mereka solat Asar berjemaah.

///

"Adam, siapa Badrul tu? Mana kau kenal dia?" tanya Rasydan pada suatu petang.

"Haahlah Adam. Aku tengok pelik aje dia tu. Mana kau jumpa dia?" soal Hakim.

Adam hanya tersenyum.

"Siapa dia jangan kau tanya. Tak kisahlah dia siapa. Yang penting Allah dah pertemukan aku dengan dia. Aku bersyukur sangat. Dan obviously Hakim, Rasydan, aku tengah tolong dia cari perkara yang dia hilang satu masa dulu. Aku kena tolong dia."

"Bermadah kau eh. Tapii.." gusar Hakim.

"Haha. Bersangka baiklah Hakim, Rasydan. Doakan aku berjaya okay?"

Adam sedar, semua ini perancangan Allah yang sangat indah. Allah pertemukan dia dengan Badrul bukan kebetulan. Cerita lepas tu Dia dah rancang elok elok. 'Ya Allah moga aku terus kuat. Kau berilah hidayah kepada dia.'

"Btw Adam. Kau ada kaitan dengan Badrul ke? Muka korang seiras." ujar Rasydan.

///

"Aku peliklah dengan mamat tu. Pekebende yang dia acah acah kacip dengan aku doh. Meluat gila." bentak Badrul.

"Kau cakap pasal sapa ni Bad?" tanya Amran.

"Mamat alim tu laa. Tetiba baik gila doh dengan aku. Pahal aku dahlah tak pernah jumpa dia."

"Serious Bad?"

"Dah tu kau ingat aku tipu?"

"Tapi kan Bad. Muka kau ada laa iras iras muka mamat alim tu."

"Banyaklah kau. Dahlah. Woii Amran, jom race." pelawa Badrul.

"Aku boleh aje. Menang belanja k,"

"Deal,"

Namun tiada siapa pernah duga apa yang bakal berlaku. Semuanya dah dirancang.

Sreeeettt!

///

Gelap. Badrul tak nampak apa apa. Semuanya gelap. Kelam. Dia cuba menggerakkan kakinya namun dia ibarat dipaku di situ 'Ya Allah aku kat mana ni?'

"Badrul....,"

Badrul mencari-cari suara yang memanggilnya.

"Badrul... Kau dah lupa abang ke?" suara itu bergema. Badrul keliru. Kemudian, kelihatan cahaya putih yang sangat menyilaukan menjemputnya mengimbau masa.

--- 16 tahun lalu ---

Seorang anak kecil sedang menangis. Ketika itu dia baru berumur setengah dekad.

"Adik, janganlah menangis, nanti mata merah, lepas tu takde orang suka kat adik." ujar abangnya, Adam.

"Ta.. tapi dia.. dia buat..." rengek anak kecil itu dalam pelatnya.

"Takpe, nanti Allah kasi balasan sebab dia kacau adik."

Tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda berhenti di hadapan Rumah Anak Yatim Asha. Adam melihat empunya kereta.

"Adik, mana tuan pengurus rumah anak yatim ni ya?"

Adam menunjukkan arah dengan rasa berdebar.

///

"Saya tak benarkan adik saya dianak angkatkan oleh tuan dan puan. Dia adik saya. Saya berhak untuk jaga dia."

"Maaf Adam. Pengurus rumah ni kata kami dibenarkan ambil adik kamu. Bukannya kami tak mahu ambil kamu sekali Adam. Tapi.. Biarlah masa yang tentukan." ujar Encik Syahmi.

"Kenapa?! Kenapa mesti dia? Kenapa tak orang lain?" esak Adam kuat, memandang wajah bakal keluarga angkat adiknya.

"Adam, kamu pasti nak yang terbaik buat adik kamu. Kami akan jaga adik kamu. Kamu dah besar Adam. Adik kamu perlu perhatian dan kasih sayang yang lebih." pujuk isterinya Puan Wardah.

Sunyi. Hanya bunyi pokok melambai ditiup angin kedengaran.

"Abang.. kenapa abang nangis?" tanya adiknya. Risau nada suaranya.

"Tak.. tak ada apa apa." Adam mengesat air matanya.

"Saya harap tuan dan puan dapat jaga adik saya elokelok. Beri dia kasih sayang yang sewajarnya." ujar Badrul dalam sendu.

"InshaaAllah Adam. Kamu memang baik. Jangan risau. Kami akan sentiasa melawat kamu." pujuk Encik Syahmi.

///

Pada mulanya, keluarga angkat adiknya sering melawat Adam. Adam bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu adiknya. Pada pengamatannya, dia hidup bahagia. Keluarga angkatnya pernah mengadu pada Adam katanya adiknya asyik mengigau nama Adam. Mungkin adiknya sudah biasa hidup tanpanya.

Adam tak pernah lupakan adiknya. Hal itu Adam sangat pasti.

Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Khabar berita tentang adiknya langsung tak didengarinya. Mereka sibuk barangkali. Pernah dia bertanya pada pengurus rumah anak yatim yang digelar 'Ibu Nik' , namun hanya gelengan dan kata maaf diberi sebagai jawapan kepada soalan tanpa noktah itu. Hal itu terjadi sehinggalah dia kini berumur 27 tahun dan akhirnya mampu hidup berdikari. Dia keluar dari rumah anak yatim itu dan berazam untuk mencari adiknya.

Setelah lelah berpanas dan bermandi peluh, dia berjaya. Adiknya, Muhammad Adam Badrul telah berjaya ditemuinya. Dia memanjatkan rasa syukur kepada Allah.

"Badrul?"

"Ya, saya Badrul. Siapa ya ni?"

"Badrul dah lupa? Nama abang Adam. Muhammad Adam Bakhtiar."

"Saya tak pernah kenal manusia nama Adam. Sorry bro." dan Badrul berlalu.

Hancur luluh hati Adam mendengarnya. Namun Adam menguatkan tekad. 'Badrul adik aku. Aku takkan putus asa.'

Hari demi hari, dia cuba mendekati Badrul walaupun dirinya yang berjubah dan berkopiah putih sering dicemuhnya. Adam makin kecewa melihat Badrul yang berkawan dengan geng geng sosial. Menghisap rokok. Bergaul bebas. Dia selalu mencuba. Menasihatinya supaya berhenti merokok, jangan tinggal solat.

'Ya Allah kau lindungilah adik aku dari perbuatan yang keji. Abang harap satu hari nanti Badrul akan berubah. Badrul akan ingat abang.'

///

Badrul bagai tersedar dari mimpi.

'Ya Allah abang aku! Abang kandung aku Adam. Ya Allah aku lupa dia. Aku lupa insan yang sayang aku masa aku kecil dulu. Ya Allah.' Adam beristighfar.

Betapa kejam dia rasa kerana mengabaikan seorang abang yang begitu baik. Dia menyesal. Betapa memori kecilnya tak mampu mengingati seorang abang yang menjaganya dengan penuh kasih selepas kematian kedua ibu bapanya. Kesibukan keluarga angkatnya menyebabkan dia tidak boleh pergi ke rumah anak yatim dengan lebih kerap. Badrul malu dengan hakikat itu.

Esoknya..

"Assalamualaikum abang,"

"Waalaikumussalam." sahut Adam. Ketika itu dia ada dia surau berseorangan. Susuk tubuh seorang manusia yang tinggi lampai berkemeja biru checked dan berkopiah putih menyapa retinanya. Dia tergamam.

"Ba.. Badrul ke ni?"

"Ya, Badrul. Muhammad Adam Badrul bin Abdul Karim. Adik abang. Siapa nama abang ya?" soal Badrul mesra.

Adam tersenyum. Terharu.

"Nama abang Muhammad Adam Bakhtiar bin Abdul Karim. Abang adik." jawab Adam dalam kesenduan.

Badrul merapati abangnya.

"Maafkan Badrul abang. Kita mula semula macam dulu dulu?" Badrul menggenggam tangan abangnya.

'Ya Allah, Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Terima kasih Allah.'

No comments:

Post a Comment

she said

 "You have to communicate so we can work in sync," she said. She said that and ignored me when I asked the details. She said that ...